[VIDEO] Dua Satu Kecil Benar, 5-0 Senyum Lebar

Skuad bimbingan Jurgen Klopp bertandang ke Stadio Atleti Azzurri d'Italia untuk melengkapkan perlawanan ketiga liga juara-juara eropah menentang Atalanta. Liverpool membuat dua pertukaran dari kesebelasan utama ketika menentang West Ham hujung minggu yang lalu. Pertahanan muda berusia 19 tahun Rhyn Willians sekali lagi diberi peluang beraksi manakala pemain yang baru ditandatangani Diogo Jota menggantikan Roberto Firmino di bahagian serangan. 


Liverpool bermula baik seawal minit pertama Jota membuat percubaan tepat ke gawang lawan, namun ia berjaya diselamatkan Sportiello. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke 16 Jota menjadi watak penting membuka tirai jaringan. Selang beberapa minit kemudian Jota sekali lagi menggadakan kedudukan menjadi 2-0, ia kekal sehingga babak pertama berakhir. 




Bersambung separuh masa kedua, Salah tidak menunggu lama untuk mencetak nama sebagai penjaring setelah meledak gol pada minit ke 47 hasil counter attack Curtis Jones. Selang dua minit kemudian gandingan trio serangan mereka, Mane meletakkan Liverpool lebih selesa untuk jaringan ke empat. Jota melengkapkan malam gemilang Liverpool setelah melengkapkan hatrik pada minit ke 54. 

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan. Liverpool raih 3 mata dan kekal pendahulu kumpulan D dengan 9 mata dari tiga perlawanan. 

Highlight Perlawanan

Post a comment

0 Comments