[VIDEO] Anggota PGA maut Ditembak & Seorang Cedera Parah Di Sempadan Malaysia-Thailand


Padang Besar: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut akibat ditembak, awal pagi tadi.


Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan mangsa yang cedera sedang dirawat di HTF dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan memberi maklumat lanjut selepas selepas siasatan.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.

Penyerang warga tempatan dan warga asing dipercayai terbabit dalam serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerak Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, yang mana seorang daripadanya maut awal pagi tadi.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata dua anggota PGA terbabit sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian apabila diserang oleh dua kumpulan disyaki warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan seperti itu terutama terhadap kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan. 

Post a comment

0 Comments