Tidak Scan MySejahtera Ketika Isi Minyak, Denda RM1000

Perintah Kawalan Pergerakan telah memasuki fasa baru di negara kita. Bermula 9 November 2020 hampir seluruh Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember. Hanya tiga negeri Perlis, Kelantan dan Pahang sahaja tidak terikat kepada PKPB. Arahan ini dibuat bagi membendung penularan wabak COVID19 gelombang ketiga yang sedang melanda negara ketika ini. 


Umum sedia maklum kerajaan telah mewajibkan scan QR Code menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mengetahui lokasi yang kita kunjungi sewaktu pandemik ini berlaku. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengesan kontak rapat sekiranya sesuatu kes terjadi. 

Menurut laporan portal China Press, imbasan kod QR MySejahtera turut diwajibkan kepada pengguna yang mengisi minyak di stesen petrol. Menurut Timbalan Pengarah JSJ, DCP Mior Faridalathrash Wahid kegagalan mengimbas ketika mengisi minyak boleh mengakibatkan ada didenda RM1000. Beliau menjawab pertanyaan wartawan mengenai klip tular seorang lelaki disaman ketika mengisi minyak. 

Ini adalah kerana stesen minyak ialah premis yang dilawati ramai serta mengimbas kod QR adalah mandatori pada waktu ini. Oleh itu walaupun anda sekadar mengisi minyak di pam tanpa memasuki ruang kedai, anda masih perlu mematuhi SOP yang telahpun ditetapkan kerajaan.

Post a comment

0 Comments