Menerusi maklumat awal daripada Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, penunggang motosikal tersebut dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ahli keluarga tunggu mangsa maut kemalangan
Menurut seorang wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap pula, lebih menghibakan apabila terdapat seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa telah duduk di sisi jenazah dengan membacakan ayat suci al-Quran sebelum kedatangan ambulans.Temani jenazah sambil membaca ayat suci Al Quran.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 2, 2020
Suasana pilu apabila ahli keluarga maut dalam kemalangan.
Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan kereta MYVI sdi hadapan simpang Taman Merak Mas Hang Tuah Jaya berhadapan Masjid Saidina Ali pagi tadi.
Takziah. pic.twitter.com/zyLlx8kcul
Bersila di sisi jenazah
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak melihat situasi tersebut. Lelaki berbaju biru itu ‘setia’ di sisi jenazah mangsa kemalangan yang sudah ditutup dengan kain putih.Bapa mertua teman jenazah tengah jalan
Menerusi salah satu komen oleh seorang individu, berkemungkinan lelaki yang membaca al-Quran di sisi jenazah kemalangan itu merupakan bapa mertuanya.Pengguna Facebook tersebut memaklumkan bahawa mangsa berasal dari Kelantan dan ibu bapanya dalam perjalanan menuju ke Melaka.
Tags:
Berita