Salah Positif COVID

 


Penyerang Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif COVID-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang gejala, lapor Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA).

Salah yang sedang mengikuti latihan di peringkat antarabangsa mewakili negaranya kini perlu melakukan pengasingan kendiri.


Menurut laporan EFA menerusi laman web rasminya, pemain yang berusia 28 tahun itu didapati positif selepas pihak perubatan pasukan kebangsaan melakukan ujian saringan.

EFA turut memaklumkan, pemain lain dalam pasukan tersebut bagaimanapun negatif COVID-19.

Post a comment

0 Comments