PlayStation 5 Dijual Dipasaran Malaysia 11 Disember – Harga Bermula RM1,869



Penanti ramai peminat permainan konsol PlayStstion 5 bakal berakhir. Terbaru Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan harga konsol PlayStation 5 secara rasmi buat pasaran Malaysia dan ia akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 ini. Menurut Sony, pra-tempah konsol tersebut akan bermula esok, iaitu 12 November 2020 melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation.


Berikut adalah harga rasmi konsol PlayStation 5 dan seperti anda sedia maklum, PlayStation 5 akan dijual dengan dua edisi iaitu edisi digital (Tanpa pemacu optik Blu-Ray) dan edisi biasa yang menyertakan pemacu optik blu-ray).

  • PlayStation 5 Edisi Biasa – RM2,299
  • PlayStation 5 Edisi Digital- RM1,869




Selain itu, Sony juga mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PlayStation 5 turut akan dijual dengan pra-tempah bermula esok iaitu:

  • Alat Kawalan Dualsense – RM349
  • Fon Kepala Pulse 3D – RM469
  • HD Camera – RM279
  • Media Remote – RM149
  • DualSense Charging Station – RM149

Post a comment

0 Comments