Motor Dicuri Masa Hantar Makanan, Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Buat Gadis Ini



Semalam tular di media sosial kisah seorang gadis penghantar makanan yang kehilangan motosikal ketika sedang bekerja. Prihatin dengan nasib malang menimpa mangsa, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.


Ketika kejadian berlaku Yamaha 135LC miliknya hilang semasa sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor kelmarin.



Menerusi sebuah posting di laman Instagram Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.

View this post on Instagram

6 November 2020 ~ DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor. Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah. Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz. Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa. DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga. Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial) on

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz hari ini.


Baginda juga berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus dapat menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, baginda berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa selain turut mendoakan agar rakyat terus dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Post a comment

0 Comments