Bagaimanapun, suspek yang juga berusia 19 tahun telah direman selama tujuh hari selepas menyerah diri di Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Kita hanya mampu melihat
Namun begitu, disebalik kecaman dan juga cemuhan warganet terhadap suspek pembunuhan yang disifatkan kejam itu, sedikit pujian perlu diberikan kepada ibu suspek.Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mr King hisyam Zaid apabila memuji tindakan ibu suspek yang membawa anaknya ke balai polis selepas melihat remaja terbabit seperti dalam ketakutan.
Ibu sanggup tolak tepi fitrah nurani
Pengguna Facebook itu juga memaklumkan, dia mengenali kedua-dua keluarga tersebut dan mengakui rasa wujud percanggahan maklumat dan khabar angin yang tidak betul terhadap apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, tindakan ibu suspek itu pastinya diluar jangka kerana sanggup mengenepikan fitrah nurani demi keadilan sepatutnya.
Hentikan berkata yang tidak benar
Pada perkongsian tersebut, lelaki itu meminta agar semua pihak berhenti untuk menularkan sebarang cerita yang tidak sahih. Kedua-dua keluarga telah kehilangan anak mereka dan biar pihak yang lebih mengetahui menyelesaikan kes tersebut.
Siapa kita untuk menghukum
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, terdapat juga warganet yang meninggalkan komen dengan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Mr King Hisyam Zaid itu.Mereka berharap agar segala urusan dipermudahkan dan meminta orang ramai yang tidak mengetahui hal yang sebenar tidak menokok tambah kisah yang memilukan ini.
Tags:
Berita