Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, 8 Step je. Mudah, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!


Siapa yang pernah mencuba burger prosperity di McD pasti tahu bagaimana kelazatannya! Nikmat sungguh, sedap yang amat. Rupanya tak susah mana kalau anda nak mencuba buat sendiri di rumah. Buat sendiri lagi jimat dan mana tahu lagi sedap dari beli! Seorang lelaki berkongsikan caranya membuat burger prosperity homemade ala McD. Resepinya mendapat perkongsian hampir 54, 000 shares di laman sosial Facebook. Jom cuba!

Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Daging Ramly
  • Bawang besar 1/2 potong dadu.
  • Bawang holland hiris nipis
  • Tepung gandum 2 sudu
  • Air 1 gelas
  • Lada hitam serbuk+tumbuk
  • Butter 2sb
  • Sos tiram 2sb
  • Kicap manis 1sb
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Sapu butter pada roti dan goreng sekejap.
2. Uli daging ramly dan bentukkan seperti bentuk roti secara memanjang seperti dalam gambar di bawah.



3. Cucuk-cucukan daging menggunakan garfu sebelum digoreng.
4. Untuk sosnya, panaskan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menjadi warna keperangan.
5. Masukkan 1 gelas air dan kacau. Kemudian masukkan bawang besar yang sudah dipotong dadu, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam. Masak sehingga tahap kepekatan yang diingini.



6. Celupkan daging yang dah digoreng tadi.


7. Letak atas roti dan letakkan bawang yang sudah dihiris.

8. Siap! Selamat mencuba.



Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim, Malayfoodlicious

Post a comment

0 Comments