Campak Cucu Dari Tingkat 4, Suspek Juga Pernah Cuba Rogol Anak


Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat apartment di Danau Kota, di sini, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8 pagi.

"Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun cuba dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain berusia 19 hingga 29 tahun.

"Berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada di dalam rumah berkenaan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, isteri dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dan keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.


"Melihat mangsa menjerit dan meminta tolong, suspek kemudian mengangkat mangsa, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya keluar.

"Suspek turut melompat keluar melalui tingkap yang sama.

"Suspek yang cedera tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

"Suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan," katanya.

Post a comment

0 Comments