[VIDEO] 2 maut dan 2 cedera lepas helikopter bertembung


KUALA LUMPUR: Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampira Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.


Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.

Menurut laporan Malaysiakini, 2 daripada mangsa maut dan dua lagi mangsa cerdera. Difahamkan korban itu membabitkan dua lelaki, manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Dua mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah. 


Post a comment

0 Comments