[VIDEO] Pemandu Myvi Sebabkan Kematian Anggota Tentera, Dihukum Penjara 6 Tahun & Denda RM8000


Sabtu lalu, kita dikejutkan dengan kemalangan yang meragutnya nyawa seorang anggota tentera. Kejadian bermula apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu wanita melanggar dua kereta lain Honda, dan Proton.

Pemandu wanita tersebut tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.40 pagi tadi.

Dia yang memakai jaket hitam itu dilihat disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum memasuki Mahkamah Majistret.

Dua pertuduhan dijangka dikenakan terhadap pemandu wanita berkenaan iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Wanita berusia 23 tahun itu dijangka berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Menurut laporan Bernama, Pemandu wanita terbabit kemalangan hingga sebabkan kematian anggota TLDM Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 setelah mengaku bersalah


Post a comment

0 Comments