[VIDEO] Aston Villa Kenduri Gol, Menang Keatas Liverpool 7 - 2


Aston Villa menerima kunjungan juara bertahan Liverpool di Villa Park Stadium. Kedua dua pasukan bermula dengan rekod kemenangan 100%. 

Tuan rumah tidah menunggu lama, seawal minit ke 4 Ollie watskins meletakkan Villa dihadapan selepas kesilapan daripada penjaga gol Liverpool, Adrian.

Watskins sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Liverpool setelah meledak gol kedua hasil dari gerakan jack Grealish pada minit ke 22.

Liverpool seakan cuba bangkit dengan jaringan Mohamed Salah pada minit ke 33. Namun selang 2 minit kemudian John McGinn menambah gol menjadi 3-1. Watkins melengkapkan hatriknya pada minit ke 39. Untuk keputusan berakhir 4-1 separuh masa pertama.

Babak kedua bersambung jurgen klopp membuat pertukaran untuk menambah sengat dibahagian serangan. Sebaliknya berlaku Ross Barkley menambah gol untuk Aston Villa minit ke 55. Salah cuba merapatkan kedudukan minit ke 60 untuk menjadikan 5-2. Jack Grealish terus menambah derita Liverpool dengan gol ke enam dan ke tujuh pada minit ke 66 dan 77.
Kepetusan berakhir aston villa 7-2 Liverpool

Ini kekalahan terbesar Liverpool dalam tempoh 50 tahun

Post a comment

0 Comments