Tidak Perlu Lagi Ke Kaunter, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober Ini

 


Mengambil kira wabak pandemik yang masih merebak diseluruh negara. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memaklumkan dalam satu posting di facebook rasmi mereka bahawa pembaharuan lesen boleh dibuat secara atas talian sahaja. 

Menurutnya, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG bermula pada 9 Oktober 2020. Secara tak langsung ia memudahkan urusan semua pihak yang terlibat selain menjaga penjarakkan fizikal sebagaimana yang digalakkan.

Selain itu, pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) juga boleh memperbaharui lesen mereka secara atas talian pula akan mulai 16 Oktober. Walaubagaimanapun, pembaharuan lesen ini tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

Untuk makluman, buat masa sekarang perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja. Selepas ini, semua sudah lebih mudah!

Post a comment

0 Comments