SEJARAH TERCIPTA: Luqman Hakim Buat Penampilan Sulung Di Liga Belgium

Sejarah baru tercipta buat, penyerang muda bawah 19 tahun negara Luqman Hakim Shamsudin yang menyarung jersi KV Kortrijk membuat penampilan sulung dalam liga Belgium. Semalam duta besar Belgium di Malaysia memaklumkan Luqman terpilih dalam perlawanan menentang Anderlact. Kenyataan tersebut tular di media sosial, rata-rata peminat bola sepak tanah air cukup teruja dengan perkhabaran tersebut.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu bermula dibangku simpan. Setelah ketinggalan 0-3 kepada Anderlact, pengurus pasukan KV Kortrijk memasukkan Luqman pada minit ke 74 menggantikan Golubovic. Luqman yang berusia 18 tahun menjadi pemain termuda diatas padang dalam perlawanan tersebut. Tidak menunggu lama, beliau dilihat mampu memberikan impak segera pada pasukan. Meskipun saiz fizikal kecil berbanding yang lain, jiwa Luqman besar. 


peminat teruja melihat aksi Lquman Hakim





Impak yang diberikan Luqman apabila KV Kortrijk dihadiahkan sepakan penalti hasil daripada gerakkan yang dimulakan Luqman kepada rakan sebelum dijatuhkan. Mboyo menyempurkan sepakan penalti berkenaan untuk memberikan gol tunggal buat KV Kortrijk. 

Perlawanan berakhir KV Kortrijk tewas 1-3 Anderlact. Meskipun tewas, perlawanan ini jelas memberikan sesuatu yang baru kepada Luqman. Semoga terus maju dan harumkan nama Malaysia. Luqman Hakim!

Post a comment

0 Comments