Polis Buka Kertas Siasatan Berkaitan Posting Mengaibkan Dr Noor Hisham


Pemilik akaun Facebook MGAG bakal disiasat pihak berkuasa selepas didakwa memuat naik satu gambar yang mengaibkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Posting berkenaan digambarkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memakai sular dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang media dari kediamannya.

Susulan dari post berkenaan, pihak polis menerima satu laporan polis yang dibuat di Senawang. Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata

Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998
Semalam tular di media sosial gambar mengaibkan Dr Noor Hisham dimuat naik akaun FB terbabit sehingga mendapat kecaman warganet.

Susulan itu pemilik FB terbabit kemudian membuat permohonan maaf dengan mendakwa perbuatan itu hanya sekadar gurauan.



Status berbaur penghinaan itu turut dipadam dan permohonan maaf pemilik akaun itu setakat ini menerima 11,000 komen dan dikongsi 465 dengan 8,600 membuat emoji marah.

Post a comment

0 Comments