Menteri Agama, Dr, Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter beliau memaklumkan beliau kini menjalani rawatan setelah disahkan positif COVID19.
Namun begitu keadaan kesihatannya amat baik saat ini. Beliau turut menyeru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September - 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT sembuhkan Dr Zul dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.
Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh @KKMPutrajaya. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 5, 2020
0 Comments