Susulan keputusan mengenai penangguhan pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi semalam. Syarikat penerbangan negara dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Twitter rasmi Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan pemansuhkan bayaran tambahan dan memberi ruang kepada pelajar untuk menjadualkan semula tarikh penerbangan dalam tempoh setahun dari tarikh asal tiket tersebut.
Susulan pengumuman mengenai penangguhan kemasukan pelajar IPT, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar satu tahun dari tarikh pembelian tiket. pic.twitter.com/JWTqex69gt
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) October 3, 2020
Pengumuman yang dibuat ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar yang telah membeli tiket untuk ke universiti masing-masing. Pelajar yang ingin memohon penangguhan tersebut boleh layari laman sesawang https://www.malaysiaairlines.com/hq/en/student-waiver.html untuk maklumat lanjut.
0 Comments