Mael Totey The Movie Raih Kutipan RM4 Juta 8 Hari Tayangan, Rekod baru!

Filem yang menjadi sebutan ketika ini Mael Totey The Movie cipta rekod tersendiri. Filem pertama arahan pengarah muda Syahmi Sazli jelas dikelas tersendiri. Baru-baru ini ia pecah rekod hampir RM700 000 kutipan dihari pertama, seterusnya RM2.45juta pada hari keempat dan kini mencecah RM4juta kutipan pada hari kelapan tayangan filem ini di Astro First 480. 


Filem yang menampilkan teraju utama Mael, Asif, dan Yo telah mendapat tempat dihati penonton khususnya pengikut drama Mael Totey dari Youtube. Lakonan bersahaja dengan unsur jenaka tapi sarat dengan pengajaran membuatkan ramai dari penonton menontonnya berulangkali. 

Keletah Yoe dan Asif juga menjadi daya penarik yang tersendiri dalam filem Mael Totey The Movie. Ramai diantara penonton memuji sikap berani Syahmi yang meletakkan kanak-kanak istimewa sebagai pelakon utama, 

Tahniah Syahmi Sazli Production 

Post a comment

0 Comments