JDT Anjurkan Live 'Drive-Thru'

 

Juara bertahan liga super Johor Darul Ta'zim yang memerlukan satu mata menentang Sabah malam esok dalam misi mempertahankan kejuaraan liga super untuk tujuh musim berturut turut. Dalam suasana pandemik yang melanda negara ketika ini, JDT tampil dengan idea unik dan menarik buat penyokong setia mereka. 


Malam esok pasukan gergasi tanah air ini akan menganjurkan Live Streaming Party terus dari dalam kereta. Penyokong boleh menyaksikan perlawanan tersebut diperkarangan Stadium dari dalam kereta. Ini sesuatu yang baru di Malaysia, seperti menonton wayang 'drive thru'.

Selain itu, penyokong juga berpeluang menonton gimik selepas perlawanan termasuk extended reality dan pertunjukkan bunga api. Jadi hanya memerlukan satu mata sahaja untuk bergelar juara dan sekaligus menjadi wakil ke Liga Juara-Juara Asia.



Post a comment

0 Comments