iPhone 12 Hadir Dengan 4 Pilihan, Spesifikasi & Harga Rasmi


Awal pagi tadi Apple melancarkan smartphone terbaru mereka dalam satu Apple Event yang cukup meriah dalam norma baru. Apple memperkenalkan 4 variasi smartphones iPhone 12 iaitu iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. 

Kesemua telefon pintar ini dikuasakan oleh chip pemproses A14 Bionic dimana ia merupakan chip paling canggih pernah dihasilkan. Apple A14 Bionic juga menawarkan kuasa prestasi lebih baik di samping keupayaan pemprosesan lebih pantas berbanding generasi terdahulu. Smartphone terbaru ini turut menampilkan keupayaan jaringan 5G untuk peranti keluaran syarikat berkenaan.

iPhone 12 & 12 Mini

Spesifikasi untuk kedua-dua model ini hampir serupa namun yang membezakan hanyalah size dimana mini lebih kecil. iPhone 12 didatangkan dengan skrin berkeluasan 6.1 inci dengan teknologi paparan OLED bersama tetapan dua lensa iaitu berkeupayaan lensa kembar 12 megapiksel. Manakala peranti iPhone 12 Mini pula adalah versi lebih kecil dengan skrin sebesar 5.4 inci.



5.4″ iPhone 12 mini

64GB – RM3,399
128GB – RM3,599
256GB – RM4,099

6.1″ iPhone 12

64GB – RM3,899
128GB – RM4,099
256GB – RM4,599

iPhone 12 Pro & iPhone 12 Pro Max

Bagi iPhone 12 Pro, ia menggunakan skrin berkeluasan 6.1 inci manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7 inci. Menyentuh aspek spesifikasi Apple iPhone 12 Pro dan versi 'Max', ia menggunakan tetapan tiga lensa yang dinaik taraf termasuk keupayaan berbanding generasi sebelum ini.

Dua versi peranti berkenaan menggunakan skrin OLED Super Retina XDR serta kefungsian sistem kamera baharu. Sistem kamera untuk peranti iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max ini kini mempunyai sensor LiDAR bagi membantu optimasi kualiti gambar dan video sekali gus menghasilkan kualiti lebih baik. 

Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak iaitu Ceramic Shield dan aluminium dan mempunyai perlindungan IP68 selain kapasiti bateri yang lebih besar.



6.1″ iPhone 12 Pro

128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,299

6.7″ iPhone 12 Pro Max

128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,699

Kesemua model model terbaru ini menyokong pengecas wayar 20W dan pengecas tanpa wayar 15W. Pengenalan empat peranti baharu itu juga mengesahkan bahawa Apple tidak lagi menyertakan pengecas sebaliknya hanya membekalkan kabel USB C ke Lightning untuk setiap pembelian.




Post a comment

0 Comments