Identiti Mangsa Gilis Lebuhraya Dikenal, Mangsa Merupakan...

Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang maut dalam kemalangan ngeri digilis hingga tubuhnya hancur berkecai di Kilometer (KM) 295.8 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim, mangsa yang berumur 40 tahun merupakan suspek yang masih bebas bagi kes pecah rumah di Alor Setar dan Kuala Kedah baru-baru ini. 

Hasron berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak Evo terbabas sendiri dan jatuh di atas jalan sebelum digilis oleh Perodua Myvi dan sebuah lagi kenderaan yang tidak dikenal pasti.

"Mangsa maut di tempat kejadian kerana diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian manakala motosikalnya dijumpai di lorong kecemasan lebih kurang 1,000 meter dari tempat kejadian.


"Manakala pemandu Perodua Myvi dan empat lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Hasil semakan mendapati motosikal yang ditunggang itu juga dilaporkan dicuri pada 15 Oktober di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Ujarnya lagi, mangsa juga dikehendaki dalam kes Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan pagar Masjid Kubang Siam.

Hasron berkata proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Post a comment

0 Comments