[FOTO] Sayu Lihat Tiada Air, Ustaz Ebit Lew Beli 2 Lori Air Tangki

Sebut sahaja Ustaz Ebit Lew pasti ramai yang mengenali individu yang sangat aktif dalam membantu masyarakat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. Sesiapa sahaja dalam kesusahan pasti akan dibantu sebaik mungkin. 

Memahami akan keperitan yang dialami rakyat Selangor ketika ini dimana terdapat gangguan bekalan air. Ustaz Ebit Lew tampil dengan inisiatif sendiri menyalurkan sumbangan bekalan air sebanyak dua lori tangki besar buat penduduk sekitar Batu Caves sejak semalam. 


Menerusi perkongsiannya dilaman sosial facebooknya, Ustaz memaklumkan urusan pengagihan tersebut dibuat bermula jam 10 malam sehingga subuh pagi tadi. Ketika article ini ditulis, perkongsian tersebut mendapat lebih 81 000 likes dan 6 000 share 


Tulisnya di Facebook
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.















Post a comment

0 Comments