Disahkan Bebas Covid-19, Menteri Agama Dibenarkan Discaj Hospital


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Berita itu disampaikan beliau sendiri menerusi akaun media sosial miliknya sebentar tadi.

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.


“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan,” tulis beliau.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berehat di rumah sehingga taman tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepertimana disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).


Jelasnya, segala pertemuan akan dilakukan menerusi sidang video sahaja di samping memantau gerak kerja dari rumah.

“Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agama di bawah tangungjawab saya dari rumah.

“Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selanogr. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin,” katanya.

Sebelum ini, beliau dilaporkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital pada 5 Oktober lalu.

Post a comment

0 Comments