Dari Youtube ke Layar Perak, Filem Pertama Syahmi Sazli Penuh Makna

Syahmi Sazli nama yang tidak asing dalam dunia hiburan digital masa kini. Pemuda kelahiran negeri Kelantan ini bermula menghasilkan video pendek menggunakan telefon bimbit sehingga videonya tular dan mendapat perhatian warganet sekaligus menjadi peminatnya. 

Bakat yang dimiliki terus digilap dengan penghasilan video seterusnya dengan kualiti yang lebih baik sehingga memimiliki 2 juta subscribers di platform Youtube. Videonya yang mengangkat golongan istimewa ke kelas tersendiri memberikan impak yang cukup besar. Kini Syahmi tampil dengan filem pertama Mael Totey The Movie. 


Filem yang ditunggu ramai peminat mula ditayangkan tepat 12 malam, 22 oktober 2020 di Astro First 480. Dengan hanya bayaran RM15.90 filem ini boleh ditonton selama 2 hari. 

Sejujurnya penulis kagum dengan usaha syahmi dan team dalam penghasilan filem ini. Selain dari hiburan dan gelak tawa yang disajikan, filem ini juga turut digarap baik untuk menyentuh isu masyarakat kita. Halus tapi mendalam. 

Dalam filem Mael Totey The Movie juga banyak 'belanja shot cantik'. Antara scene yang paling melekat dan menyentuh hati penulis adalah dimana mana Yoe, Asif, dan Mael dibawah pokok meluahkan rasa. Ini antara scene paling penulis suka. Selain itu, ending filem ini sangat lain dari yang lain. RARE. Teringat dengan ending filem ini buat penulis ketawa sendirian. 

Lumrah tiada yang sempurna, kerana akan ada kekurangannya. Untuk filem pertama syahmi, pujian harus diberikan. Semoga Syahmi terus maju dan terus menghasilkan karya-karya hebat dimasa akan datang. 

Jangan lupa langgan di astro first, support industri kita. 

Post a comment

0 Comments