Badan Hancur, Dua Jam Kutip Cebisan Mayat


Sedih dan memilukan, itulah perkataan yang sesuai digambarkan untuk kemalangan ngeri awal pagi tadi. Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengutip cebisan mayat, dipercayai mangsa kemalangan di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 3.54 pagi.

Berita Berkaitan: Identiti Mangsa Gilis Lebuhraya Dikenal, Mangsa Merupakan...

Katanya, seorang lelaki dilaporkan maut dan tubuhnya hancur di Kilometer 295 arah selatan.

"Mangsa dalam keadaan berkecai digilis oleh kenderaan.

"Anggota bomba mengumpul cebisan mayat mangsa dan operasi tamat 6.36 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Post a comment

0 Comments