Asyik kena gangguan, mungkin Air Selangor perlu 'berubat'? - Netizen berang masalah air berulang


GANGGUAN bekalan air di Selangor nampaknya semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Selesai satu, datang lagi satu... bagaikan tiada pengakhirannya.

Tidak sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh apabila sekali lagi pencemaran sungai berlaku. Dan natijahnya, tiada bekalan air buat lebih 1 juta akaun pengguna!


Masalah itu membuatkan warganet berang dan keluarlah macam-macam ayat di media sosial, Twitter khususnya, yang dilihat agak 'nakal'.

Seperti ciapan daripada Najwa Mutalib (@najwamutalib): “Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..”

Ternyata ciapan itu mencuit hati warganet selepas tulisan itu mendapat puluhan ribu tanda suka dan puluhan ribu juga ulang kicau.

Ciapan hampir sama juga dimuat naik Akmal Kamarul (@akmalkamarul98): “Air selangor tak nak cuba cari ustaz untuk rawat ke? Asyik kena gangguan je.”


Post a comment

0 Comments