Addy Kanna terlibat Macau Scam, judi online, tipu Forex


KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan awal mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kanna ini menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

"Tangkapan Addy (Kanna) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong@Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

"Kita juga dapati wujud elemen penipuan scam membabitkan Addy ini," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Post a comment

0 Comments