691 Kes Baru, 4 Kematian Baru Termasuk Bayi Satu Tahun






Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 691 kes baru hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan 13,504. 87 Kes baru turut direkodkan, dan pertambahan 4 kes kematian baru.

Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam. Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal. Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan PKPB secara pentadbiran. Manakala 4 kematian baharu direkodkan iaitu 3 di Sabah dan 1 di Pulau Pinang.

Berikut adalah pecahan kes baru


Selain itu 4 kematian baru dicatatkan, 3 di Sabah dan satu di Pulau Pinang. Bayi lelaki berumur setahun antara 4 kes Kematian akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini. Bayi itu meninggal dunia di Hospital Semporna, Sabah pada 4.25 petang semalam. Kes kematian lain direkod di Sandakan, Semporna, dan Pulau Pinang.

Post a comment

0 Comments