317 Kes Baru Hari Ini, Paling Banyak Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sidang media harian 3 Oktober 2020 memaklumkan terdapat pertambahankan kes baru. Sebanyak 317 kes baru direkodkan menjadikan kes paling banyak pernah dicatatkan. 


Kesemua kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan dan satu kes kematian dicatatkan hari ini. Kes paling banyak adalah di Sabah dengan 155 kes, Kedah dengan 102 kes, Selangor 32 kes, Terengganu 9 kes, 4 kes di Kuala Lumpur dan Johor, Pulau Pinang dan Sarawak 3 kes, manakala 2 kes di Kelantan dan Putrajaya serta 1 kes di Negeri Sembilan. 


37 kes daripada keseluruhan kes hari ini adalah dari pengunjung yang pulang dari Sabah. Kes keseluruhan perjalanan ke Sabah 176 kes sejak 20 September. Untuk kes sembuh pula, hanya 121 kes dicatatkan. 

Post a comment

0 Comments