Laporan harian COVID19 Malaysia hari ini mencatatkan sejarah baru kes paling tinggi pernah direkodkan sepanjang wabak ini menular di Malaysia. Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 287 kes baru direkodkan, kesemuanya adalah kes tempatan. Hanya 81 kes sahaja sembuh.
Dalam sidang media tersebut, beliau juga memaklumkan terdapat kluster terbaharu. Kluster Seri Setia di Selangor dan KL. Kes indeks pernah ke Semporna dan positif 27 Sept. Hasil saringan 3 lagi kontak rapat positif, manakala 5 menunggu keputusan.
Selain itu, kluster baharu Seri Anggerik di Hulu Selangor. Kes indeks pernah ke Sabah. Hasil saringan kontak rapat medapati telah menjangkiti, 14 kes positif, 38 menunggu keputusan.
Tiada kematian dilaporkan. Kes paling banyak dilaporkan di Kedah dengan 129 kes, Sabah 113 kes, dan Selangor 31 kes.
20 kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.Terkini #COVID19Malaysia 2 Okt 2020
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 2, 2020
Kes sembuh=81
Jumlah kes sembuh= 10,095 kes
Kes positif= 287
(kes import=0, kes tempatan=287)
Jumlah positif= 11,771 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 136
Kes dirawat di ICU=22 kes
Bantuan Alat Pernafasan=4 kes pic.twitter.com/cWQSwjSEu1
0 Comments