260 Kes Baru dicatatkan Hari Ini, Hanya 1 Kes Import


Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sidang media harian COVID19 memaklumkan perkembangan terkini. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam sidang media tersebut menyatakan sebanyak 260 kes baru dicatatkan hari ini. 259 kes tempatan dan hanya 1 kes import.


Pecahan kes adalah seperti berikut. Sabah catat kes dengan 118, manakala Kedah dengan 98kes, Kuala Lumpur 14kes, dan Selangor adalah 13kes. Yang mana 31 kes tempatan libatkan mereka yang pernah ke Sabah. Terdapat 4 kluster baharu dicatatkan di iaitu kluster Selasih, Putrajaya dengan 5 kes. Joo Hwa, Tawau, Sabah satu kes. Bah Ketil, Langkawi dengan 3 kes. Jalan Meru, Klang, Selangor dengan 3 kes.  

Tiada kematian dilaporkan dan tiada kes baru di Kelantan, Perak, N.9, Sarawak, Labuan. Kes hari ini kedua tertinggi sejak wabak #COVID19 melanda negara. Kes tertinggi 277 pada 4 Jun lalu

Dalam perkembangan lain, menteri kanan keselamatan, Datuk Ismail Sabri dalam sidang media lain memaklumkan Larangan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober sehingga 16 Oktober depan.

Post a comment

0 Comments