16 Daerah Zon Merah COVID19 di Selangor


Sebanyak 16 daerah di enam mukim di Selangor dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) dalam laman Facebook berkata, daerah yang dikategorikan sebagai zon merah ialah: 

  • Kapar, 
  • Klang, 
  • Ampang, 
  • Cheras, 

  • Hulu Langat, 
  • Kajang, 
  • Semenyih, 
  • Bukit Raja, 
  • Damansara, 
  • Petaling
  • Sungai Buloh.

Manakala, lima lagi kawasan adalah 

  • Batu, 
  • Hulu Klang, 
  • Dengkil, 
  • Labu dan 
  • kawasan di Kuala Langat.

“Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.


“Sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor secara keseluruhan dengan merekodkan 24 kematian,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 53 kes aktif direkodkan dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.

“Setakat ini juga, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah.

“Perkara ini sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” ujarnya.

Post a comment

0 Comments