[VIDEO] Tular Pukul Pelajar Di Asrama Sekolah 3 Pelajar Direman


TANAH MERAH: Tiga pelajar yang disyaki memukul seorang junior di sebuah asrama sekolah menengah, di sini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman hingga Ahad ini terhadap ketiga-tiga suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.


Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, kesemua pelajar Tingkatan Lima itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret dengan menaiki lori polis pada jam 9 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian petang kelmarin, seorang pelajar Tingkatan Satu dipukul tiga pelajar sekolah sama yang dikatakan berang kerana dipermainkan dengan gurauan mahu belanja makan.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat, dipetik berkata justeru mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis, semalam, sebelum tangkapan dilakukan.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 25 saat yang tular sejak semalam, mangsa dipukul bertubi-tubi, termasuk ditumbuk dan disepak, dalam insiden itu.

Post a comment

0 Comments