[VIDEO] Mendap dan Berdarah, Kejadian Misteri Kubur Di Kedah

 


Viral di media sosial video menunjukkan sebuah kubur yang mendap dan dipenuhi cecair berwarna merah. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga Alor Setar.

Video berdurasi 20 saat itu viral di media sosial. Menerusi satu tweet yang dimuat naik oleh Pang Chinn Fei di laman Twitter peribadinya “Laporan polis dibuat jemaah Masjid Al-Irfan Derga di Alor Setar susulan kejadian kubur berhampiran mendap dan mengeluarkan cecair merah seperti darah,” tulisnya di laman Twitter miliknya.


Salah seorang penduduk. Rahmat Ahmad memberitahu dia mendapat maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar beberapa orang rakan.

Ketika saya ke tanah perkuburan tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan kubur berdarah tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.

Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan kubur dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu.


Menurut Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad, selepas berbincang, ahli jawatankuasa bersetuju untuk menimbus kembali kubur untuk mengelakkan sebarang fitnah. Jelasnya lagi, kira-kira dua minggu lalu memang ada pengebumian di tanah perkuburan tersebut.

Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak bertanggungjawab.

Kami juga telah memaklumkan perkara terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) dan difahamkan mereka akan turun esok.

Post a comment

0 Comments