[VIDEO] Manchester United Mulakan Musim Baru Dengan Kekalahan

Perlawanan pertama Manchester United musim 20/21 di laman sendiri Stadium Old Trafford tidak dapat mengahalang pasukan pelawat Crystal Palace mengutip 3 mata penuh. Beraksi dalam norma baru tanpa penonton. Pelawat terlebih dahulu mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Andros Townsend.

Perlawanan kekal 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua Crystal Palace sekali dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 72 namun percubaan tersebut tidak berjaya disudahkan Jordan Ayew. Selang dua minit kemudian pelawat sekali lagi mendapat penalti namun kali ini ia disudahkan dengan baik Wilfried Zaha. 


Sepuluh minit terakhir perlawanan Manchester United dilihat bangkit dengan meledak jaringan dari pemain yang baru dibeli, Van De Beek. Namun Zaha sekali lagi menjadi duri dalam daging setelah meledak gol ketiga pasukannya sekaligus meranapkan usaha tuan rumah untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata. 

Keputusan penuh Manchester 1 - 3 Crystal Palace

VIDEO HIGHLIGHT

Post a comment

0 Comments