[VIDEO] Liverpool Kekal Rekod Tanpa Kalah

Perlawanan tumpuan minggu ini, bukan sahaja buat penyokong Liverpool dan Arsenal malah buat peminat liga perana inggeris. Selepas dua perlawanan pertama menyaksikan kemenangan buat kedua-dua pasukan. Kali ini Liverpool menentang Arsenal di Anfield.

Liverpool yang mahu menebus kekecewaan setelah terlepas charity shield kepada Arsenal pada perlawanan awal musim beraksi cukup cemerlang pada 20 minit pertama perlawanan. Asakan bertali arus dari 3 penyerang sensasi mereka tidak berjaya menembusi gawang arsenal yang dikawal rapi Leno. Meskipun beberapa cubaan tepat berjaya dihasilkan. Liverpool sebaliknya dikejutkan dengan serangan balas pelawat pada minit ke 25 sekaligus meletakkan Arsenal didepan dengan jaringan Alexandre Lacazette. 


Anak buah bimbingan Jurgen Klopp tidak menunggu lama, selang tiga minit kemudian mereka menyamakan kedudukan hasil gerakan Mohamed Salah sebelum disudahkan dengan tenang Sadio Mane untuk meletakkan kedudukan terikat satu sama. Liverpool dengan misi mempertahankan kejuaraan liga sekali meledak pada minit ke 34 hasil jaringan Andrew Robertson untuk meletakkan tuan rumah mendahului sehingga tamat separuh masa pertama. 

Bersambung babak kedua, Arsenal dilihat lebih merbahaya dengan beberapa siri percubaan hasil dari serangan balas. Peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan dalam situasi satu lawan satu antara Lacazette dan Allison. Namun percubaan tersebut berjaya dihalang oleh penjaga gawang Liverpool. Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Pemain baru dibeli Liverpool, Diogo Jota mencuri perhatian dengan beberapa cubaan dan akhirnya minit ke 88, Jota berjaya menambah jaringan sekaligus memberikan kedudukan selesa buat Liverpool. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan jaringan 3-1.  

VIDEO HIGHLIGHT 

Post a comment

0 Comments