[VIDEO] Langgar Lari: Pemandu Toyota Camry Putih Direman 4 Hari


Sejak semalam tular video di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram kejadian langgar lari di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Video berdurasi 26 saat itu jelas menunjukkan sebuah Toyota Camry Putih memotong disebelah kiri jalan yang juga laluan pengguna motosikal. Tindakan pemandu Camry terbabit telah menyebabkan kemalangan dengan penunggang motosikal sebelum ia melarikan diri.

Kejadian tersebut mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Ia menyifatkan satu tindakan tidak bertanggungjawab dan harus dikenankan tindakan sewajarnya. Memetik laporan Astro Awani, pemandu Camry putih sudah ditahan dan direman 4 hari untuk membantu siasatan lanjut. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, suspek yang merupakan seorang peniaga berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Gombak kira-kira pukul 7 petang semalam (Isnin).

"Perintah tahanan reman ke atas pemandu dikeluarkan oleh Majistret Bentong selama empat hari bermula hari ini akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan ke atas suspek bagaimanapun didapati negatif,” katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments