Takut Tertinggal Anak Dalam Kereta? Ini Cara Setting Waze Jadi 'Alarm'. Senang je

Kita pernah dikejutkan dengan beberapa kes terlupa ada anak dalam kereta. Kejadian ini kerap dikaitkan dengan situasi anak yang tidur menyebabkan ibubapa terlepas pandang sekaligus tertinggal anak dalam kereta untuk beberapa jam. Lebih menyedihkan ia mengorbankan nyawa si anak.

Oleh sebab demikian seorang pengguna media sosial twitter, Aiman Psikologi berkongsi cara untuk 'setting' Waze menjadi pembantu atau 'Alarm' buat ibubapa yang mempunyai anak kecil. Senang je. 

Jom ikuti langkah berikut. 


Setting Waze ini boleh didapati melalui butang Setting > Notifications > Child Reminder


Aktifkan butang child reminder

Tuliskan sebarang nota atau peringatan.


Selamat mencuba. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

Post a comment

0 Comments