Pakej Percutian Istimewa Untuk Penjawat Awam Ditawarkan Kementerian Pelancongan. Boleh Pilih Hotel 5 Bintang!



Kerajaan dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah menawarkan inisiatif rancangan jangka panjang untuk penjawat awam. Inisiatif yang dimaksudkan adalah pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam itu melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.

”#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.



Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang,” katanya.

”Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus.

”Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.


”Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

PAKEJ ISTIMEWA PENJAWAT AWAM ANJURAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LPPM DAN CUEPACS Penjawat awam digalakkan untuk mengambil...

Posted by Malaysia Government Call Centre on Thursday, September 3, 2020

Pakej istimewa ini boleh dilayari di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel atau imbas Kod QR seperti di dalam gambar yang tertera di atas. Jom pergi bercuti, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Post a comment

0 Comments