Kerajaan Cadang Kenakan Caj 0.02% Pembelian Atas Talian


 

Photo : Vocket

Setelah tampil dengan kenyataan kontroversi minggu lalu terhadap Veveonah Mosibin minggu lalu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sekali lagi tampil dengan kenyataan terbaru hari ini dimana mengumumkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan caj baharu untuk pembelian atas talian atau online.

Menurut sumber, pihak kerajaan sedang mencadangkan caj sekitar 0.02% dikenakan terhadap pembeli yang berbelanja melalui platform dalam talian atau e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Mengikut cadangan berkenaan, caj yang akan dikenakan kepada pelanggan sekitar 20 sen untuk setiap pembelian bernilai daripada RM200 hingga RM1,000.


Namun rakyat tidak perlu bimbang, hal ini masih lagi dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan serta mengelakkan daripada rakyat terbeban. Pihak kerajaan juga sedang mencari cara terbaik dalam menyelesaikan isu melibatkan kes penipuan, scam secara atas talian.

Terdahulu Malaysia telah mengenakan caj digital sebanyak 6% kepada syarikat yang menyediakan kemudahan atas talian seperti Facebook ads, Google Playstore, Netflix dan lain-lain lagi bermula 1 Januari 2020. 

Post a comment

0 Comments