Kebocoran Bawah Enjin. 3 Sahabat Maut, 1 Kritikal Terhidu Karbon Monoksida



BUKIT MERTAJAM: Percutian empat pelajar yang sedang menunggu majlis konvokesyen mereka berakhir tragedi apabila dua mati dan dua lagi kritikal dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida awal pagi tadi.

Empat pelajar jurusan farmasi itu yang masing-masing berusia 21 tahun, termasuk sepasang kembar, singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta balik ke Gurun dan Sungai Petani, Kedah.


Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali Sharifah Fariesha Syed Fathi manakala rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata dua lagi pelajar yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan dan Nor Aqilah pula kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata dua lagi pelajar yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan dan Nor Aqilah pula kritikal dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Katanya, keempat-empat pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida.


"Siasatan awal mendapati empat sahabat yang belajar dalam jurusan farmasi di sebuah kolej dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak.

"Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti di stesen minyak itu untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shafee berkata, semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta yang dinaiki mangsa berada di stesen minyak terbabit pada jam 8.30 malam tadi.

Mereka juga dilihat keluar membeli makanan di kedai serbaneka stesen minyak itu sebelum masuk semula ke kereta dan tidak keluar lagi sehingga bapa mangsa Ayuni Shazwanie menghampiri kenderaan itu.

"Bapa Ayuni Shazwanie keluar mencari anaknya selepas bimbang kerana mangsa masih tidak pulang selepas menghantar mesej kepada ibunya pada jam 9.15 malam sedangkan waktu itu sudah masuk jam 11 malam," katanya.

Shafee berkata, ketika bapa Ayuni Shazwanie tiba, didapati enjin kereta mereka masih hidup namun semua mereka sudah tidak sedarkan diri lalu menghubungi petugas perubatan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UPDATE: Seorang lagi mangsa yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta di Kilometer 132.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat stesen minyak di Sama Gagah, di sini, dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Manakala kembarnya, Nor Aqilah kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur. Ini menjadikan tiga maut dalam kejadian berkenaan.

Post a comment

0 Comments