Jaga Berat Badan Dengan Pemakanan, Wanita Ini Kongsi Menu Eat Clean Yang Sedap!!


Sebut sahaja berat badan meningkat atau berat badan berlebihan pasti ramai yang takut dan fobia. Ramai yang mahu kurangkan berat badan cuma tidak tau cara yang betul untuk bermula. 

Seorang pengguna facebook, Mamy Esha berkongsi menu yang diamalkan untuk mengekalkan berat badan yang ideal tanpa perlu berlapar atau memudaratkan kesihatan. Sebaliknya wanita ini berkongsi menu sihat yang patut diamalkan semua. Berikut adalah menu eat clean 


SARAPAN


Carbohydrate :Roti Wholemeal 1kpg (Gardenia)
Protien :Telur Ayam 1bj

Fibre :Tomato
Salad Romaine
Black Pepper
Garam sedikit
Chili flakes homemade

Potong roti tu letak atas pan pecahkan telur, slowkan api dapur da masak hidangkan dengan tomato, salad,taburan B.pepper,garam dan chiliflakes.


NASI GORENG KAMPUNG TELUR MATA.

Carbohydrate :Rice Brown 1senduk (lepas di gorengkan)
Protien :Telur Ayam 1bj /sedikit Chicken Breast

Fibre :Salad Romaine
Timun
Bijan hitam

Masakan ni,masak macam biasa,1 family 3orang makan.. Kurangkan minyak dan NO MSG..



PANCAKE BANANANA..

Carbohydrate :Rolled Oat 4tbsp(rendam separuh lembut)
Protein :Telur Ayam 1bj
Crunchy Peanut homemade sedikit

Fibre :Pisang Emas di bawak belayar 3bj
Salad Romaine

Leyek pisang masukkan telur dan oat gaul2 tuang atas pan yang di sapu unsalted butter pelahan api dapur da masak baru terbalikan..da siap boleh hidangkan dengan sepotong pisang dan taburan kacang..

MAKAN TENGAHARI


NASI LEMAK AYAM BAKAR...

Sambal tu je x eat clean tau..

Carbohydrate :Nasi lemak 1senduk (RICE BROWN)
Protien :Chicken Breast (Ayam Bakar)

Fibre :Kangkong(gaul dengan kacang sedikit)
Salad Romaine
Tomato
Bijan hitam sedikit
Sambal Bawang Ikan Bilis(No EC)1tbsp

masak macam biasa nasi lemak guna santan segar, 1bj tu guna separuh je..untuk 3 cawan beras ,sy guna cawan ukuran beras. masak family. Kangkong tu celur toskan letak garam sedikit, pastu letak kacang, rase die letupss..

Ayam bakar:
Cili kisar,serbuk kari dan garam gaul2 dan bakar sampai masak.


KARI AYAM MAMAK + SALAD TIMUN..

Carbohydrate :Rice Brown 1senduk
(Suku)

Protien :Ayam Masak Kari mamak
(Suku) yogurt plain 1tbsp

Fibre :Petai
(Separuh) Cili padi 1bj
Salad Romaine 5kpg
Timun 1btg
Tomato 1bj
Garam

Kari Ayam Mamak(set fmly)
Kari masak mcm biase tampa santan Kurangkan minyak dan NO MSG..

Salad timun (set fmly)
Potong timun,tomato dan Salad letakan dalam mangkuk, masukkan yogurt dan garam,gaul2 manje je siap hidangkan dengan kari ayam,nasi dna petai 



Miang Pla Pao..

Carbohydrate :Soun Segengam lepas di rendam
Protein :Kepala Ikan susu

Fibre :Salad Romaine
Timun ½btg
Carrot ½btg
Cili padi 1bj
Bijan hitam

Ikan di gaulkan dengan Cili kisar dan serbuk kari sedikit garam, grillkan sampai masak,da masak hidangkan..

Soun direndam sekejap dengan air panas da sedikit kembang toskan celup dengan air suam sejuk..


ASAM PEDAS IKAN SUSU+SAWI PUTIH TUMIS.

Carbohydrate :Rice Brown 1senduk
Protein :Ikan Susu (Masak Asam Pedas)

Fibre :Sawi Putih Tumis
Salad Romaine
Tomato
Bijan hitam

Asam pedas masak macam biasa, NO MSG kurangkan MINYAK.


NASI GORENG OMELETTE...

Carbohydrate :Rice Brown 1senduk
Protien :Telur Ayam 2bj (Omelette Tornado)

Fibre :Salad Romaine
Timun
Kacang botol
Bawang Merah 7hiris
Bawang putih 2bj ketuk hiris
Daun Bawang
Chili flakes 1tsp
Garam
Bijan hitam
Cili api sedikit

Tumiskan bawang dengan sesudu minyak masak,,masukkan kacang botol gaulkan kejap masukan nasi,garam dan chili flakes gaul2 da masak angkat letakkan nasi goreng atas pinggan letakkan telur dan hidangkan



KERABU AYAM..

Carbohydrate :Rice Brown 1senduk
Protien :Chicken Breast (Kerabu Ayam)

Fibre :Bayam (celur)
Salad Romaine
Bawang merah ½bj hiris
Tomato 1bj hiris buang biji
Cili Merah ½bj hiris
Daun Ketumbar sedikit
Garam
Black Pepper
Bijan hitam
Perahan limau kasturi sedikit je

Kerabu Ayam:
Steamkan ayam da masak dicarik2kan isi,potong bawang,cili,tomato satukan dengan ayam tadi,taburkan garam,b.pepper dan Limau gaul2 hidangkan...



NASI GORENG SARDIN.. favorite esha ni...

Carbohydrate :Rice Brown 2senduk untuk 2 orang makan
Protien :Ikan Sardin 2ekor (ambik isi sahaja)

Fibre :kacang botol 2pcs(potong kecil)
Bawang merah kisar 1tbsp
Bawang putih kisar ½tsp
Minyak Masak 1 ½tbsp
Cili kisar 1tsp
Chili flakes sedikit
Garam
Salad Romaine
Tomato
Timun
Bijan hitam

Masak macam biasa ... da siap hidangkan dengan taburan bijan...

MAKAN MALAM



SALAD POTATO CHICKEN GRILL..

Carbohydrate :Russet Potato 1bj
(Suku)

Protien :Chicken Breast
(Suku) Yogurt Plain 2tbsp

Fibre :Salad Romaine
(Separuh) Tomato sedang 1bj
Cili api 1bj
Carrot sedang ½
Garam
Black Pepper
Bijan hitam

Kentang,ayam,carrot grill sampai masak,salad 2kpg potong kecik2,tomato, cili potongkan letak dalam mangkuk ,masukkan ayam,ketang carrot grill tadi,letakkan yogurt garam dan b.pepper gaul2, hidangkan...


Carbohydrate :Roti Wholemeal 1kpg (Gardenia)
Protien :Telur Ayam 1bj

Fibre :Apple Merah 1bj
Salad Romaine
Black Pepper

Potong roti tu letak atas pan pecahkan telur, slowkan api dapur da masak hidangkan dengan buah salad dan taburan B.pepper... lebihan Roti tu grilkan pastu ngap dulu.


YOUMEE CURRY..

Carbohydrate :Youmee Plain 1bungkus
Protien :Telur Ayam 1bj

Fibre :Pak choi 2kuntum
Tauge segenggam
Bawang merah kisar 1tsp
Rempah kari 1tbsp
Cili kisar sedikit
Cili merah ½btg hiris
Daun bawang sedikit
Bijan hitam
Limau kasturi ½ bj
Garam

Tumis kan bawang dan cili kisar dengan sedikit miyak, da kering masukkan air Secukupnyer tunggu air da didih masukkan kari,youmee,sawi,tauge.. semua ni da separuh masak masukkan garam gaul kan kejap pecahkan telur,agak2 da masak telur tu boleh hidangkan kan taburan daun bawang,cili,limau dan bijan...



SOUN KERABU AYAM..

Carbohydrate :Soun (segengam lepas direndam)
(Suku)

Protein :Dade Ayam
(Suku) Crunchy Peanut sedikit

Fiber :Salad Romaine
(Separuh) Timun
Bawang merah
Cili Api 1bj
limau kasturi
Black Pepper
Garam
Bijan hitam
Daun Ketumbar
Daun bawang
Sweet peas 3pcs

Ayam potong dadu dan grill sampai masak...
Masukkan soun kedalam mangkuk,cili api,bawang,daun bawang,peas,daun ketumbar,garam , b.pepper,sedikit potongan salad dan ayam grill gaul2 manje semua sekali..
Hidangkan dengan salad,taburan bijan dan kacang..


Yang ini snacking time. hehe Selamat mencuba!!

Sumber: Mamy Esha

Post a comment

0 Comments