'Hanya Untuk Hiburan Youtube' - Timbalan Menteri Komunikasi Mohon Maaf, Buat Kenyataan Salah Pada Veveonah Mosibin


Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat permohonan maaf berhubung penjelasannya yang dibuat di Dewan Negara yang mendakwa adik Veveonah Mosibin tidak tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat kurang tepat berhubung perkara berkenaan.

”Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.


”Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi,” katanya.

Sebelum ini beliau menjawab soalan tambahan dalam dewan negara menyatakan adik Veveonah Mosibin tidak mempunyai peperikasaan pada videonya panjat pokok untuk menjawab peperiksaan. Ia dibuat hanya untuk hiburan menurutnya lagi. 

Video kenyataan dalam dewan negara tersebut telah hilang. 

Post a comment

0 Comments