Goldsands Langkawi, Hotel Gah di Bandar Kuah


 


Goldsands Hotel Langkawi menjadi lambang kemegahan Kuah disebabkan taraf penginapan yang tersedia dan servis layanan yang hebat. Hotel 4 bintang ni hanyalah 20 minit dari Airport dan selangkah dua dari 2 pusat beli belah utama Langkawi.

Goldsands menawarkan 162 bilik dan suite dengan fasiliti yang cukup lengkap. Hias dalaman berkonsepkan klasik European, anda akan rasa gahnya standard hotel tersebut. Setiap bilik dilengkapi keperluan asas seperti WiFi, Slim TV, pengering rambut, kemudahan seterika dan bar mini. Lagi best, bilik siap ada bathtub tau. Tak kalah juga fasiliti hotel termasuk swimming pool di rooftop yang menghadap laut Andaman dengan view yang teramat cantik sekali. Kolam untuk kanak-kanak pun ada.


Kalau anda nak stay kat sini, bolehlah ambil peluang Travel Promo dengan harga RM351 untuk 3H2M. Cuma RM176 satu malam, dapat merasai kemewahan yang disediakan kat sini. Berbaloi kan?















Post a comment

0 Comments