![]() |
Majlis akad nikah tersebut disiarkan secara langsung di saluran Youtube TV3 Malaysia. Bercerita mengenai perkenalan bersama suami Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Menurut Mira segalanya bermula dari DM berunsur kerohanian yang di hantar Wan Emir tetapi tidak dilayan Mira pada mulanya, membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama. Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.
![]() |
Photo: Rizman Ruzaini |
![]() |
Mira Filzah cantik perpakaian serba putih |
Selain majlis pernikahan hari ini, pasangan ini bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. Majlis malam ini yang dihadiri 250 orang tetamu termasuk ahli keluarga, teman rapat dan juga pihak media berlangsung dengan penuh meriah dan patuh SOP.
Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan sampai syurga.
0 Comments