COVID19: Kes Melonjak, 62 Kes Baru Di Malaysia Hari Ini


Setelah sekian lama kes baru COVID19 Malaysia dicatat antara satu angka hingga bawah 20 kes baru. Hari ini, 7 September 2020 amat mengejutkan setelah laporan harian KKM memaklumkan pertambahan kes baru melonjak ke angka 62 kes. 

Sebanyak 56 kes tempatan manakala selebihnya adalah kes import. Sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes. Terdapat satu lagi pertambahan kluster baru di Kedah, Kluster Sungai. Tiada Kematian baru dilaporkan. 


Berikut perincian kes: 

Jumlah discaj baru: 9

Jumlah kes baru; 62
Kes tempatan: 56 (30WN, 26BWN)
Kes import: 6 (2WN, 4BWN)

Jumlah kes aktif: 207

Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.35%)

Jumlah kes di ICU: 6
Pesakit intubated: 4

Status terkini COVID-19 setakat 7 September 2020 Jumlah discaj baru: 9 Jumlah kumulatif discaj: 9124 (96.5%) Jumlah...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, September 7, 2020


KLESTER BARU, KLUSTER SUNGAI

KKM turut memaklumkan bahawa satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut. Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kes kedua kluster ini (Kes ke-9456) merupakan anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah. Beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Beliau bergejala sejak 5 September 2020 dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif. Kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang telah disaring. 

Daripada jumlah ini:
  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 55 individu masih menunggu keputusan.

Post a comment

0 Comments