2020 merupakan tahun mencabar buat semua rakyat Malaysia. Keadaan ini disebabkan oleh wabak pandemik COVID19 yang melanda dunia dan negara kita. Sehingga hari ini telah lebih 9000 kes serta lebih 133 kematian dicatatkan angkara wabak merbahaya tersebut.
Malaysia telah melalui beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu. Kini kita sedang melalui fasa PKPP, dalam tempoh tersebut sehingga kini. Banyak sektor yang terjejas, paling terkesan adalah sektor ekonomi yang melibatkan Peniaga Kecil dan Sederhana kerana terpaksa menutup peniagaan hampir 2 bulan.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas 'Kita Prihatin' pada 23 September mengumumkan untuk membuka semula inisiatif Geran Khas Prihatin 2.0 untuk mereka yang terlepas pada April lalu.
Dengan objektif kerajaan berharap tiada siapa yang akan tercicir dalam menerima bantuan kerajaan, pemberian Geran Khas Prihatin iaitu berjumlah RM3,000 secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka akan memberikan manfaat kepada hampir 700 ribu PKS mikro di seluruh negara.
Syarat wajib bagi mendapatkan bantuan kerajaan ini adalah PKS mikro mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada 31 Ogos 2020. Permohonan dibuka sepanjang bulan oktober, bermula 1 sehingga 31. Permohonan boleh dibuat di gkp.hasil.gov.my
0 Comments