Viral Video "Ayah Saya Masak Air Ketum", Kredibiliti Guru Dipersoal

Sejak semalam tular di media sosial Twitter dan Facebook satu video seorang guru bertanya anak muridnya tentang apa masakan yang ayah mereka pandai masak. Seorang pelajar dalam lingkungan umur 8-10 tahun menjawabnya dengan jujur menyatakan ayahnya masak air ketum. 


Jawapan pelajar tersebut mengundang tawa rakan sekelas dan juga guru terbabit. Video berdurasi 15 saat itu benar-benar mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Ramai yang beranggapan video tersebut tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. 

Reaksi Warganet




Di ruangan komen rata-rata turut kecewa melihat perbuatan seorang guru yang dianggap tidak beretika. Menurut mereka, seorang guru tidak sepatutnya menyebarkan aib murid terutamanya di media sosial.

Post a comment

0 Comments