[VIDEO] Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk

Photo: Team Malaysia

Pemain muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin akhirnya sah menjadi milik KV Kortrijk, kelab bolasepak di Belgium. 

KV Kortrijk merupakan kelab bolasepak milik jutawan terkenal negara Tan Sri Vincent Tan. Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Berjaya Time Square Hotel. Luqman, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan bakal berkelana di Belgium selama 5 tahun sebagaimana kontrak yang telah ditandatangani. Detik bersejarah itu turut dihadiri pemilik kelab berkenaan Tan Sri Vincent Tan.


Luqman Hakim sebelum ini dijadualkan menandatangani perjanjian ini lebih awal pada bulan Mac. Namun ekoran wabak pendamik COVID-19 melanda dunia, ianya terhalang seketika. 

Luqman Hakim merupakan pemain berusia 18 tahun yang bakatnya digilap Akademik Moktar Dahari menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara atau lebih dikenali sebagai PPBN serta NFDP. Beliau merupakan kelompok pertama akademi berkenaan yang diasaskan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dibawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin waktu itu. NFDP ini turut dikawalselia oleh individu penting Lim Teong Kim yang juga merpakan Pengarah serta Jurulatih pasukan. 

Program ini jelas mencungkil bakat Luqman sehingga berjaya mencuri perhatian media dan kelab luar negara selepas memenangi beberapa kejohanan di peringkat bawah umur. Beliau terpilih antara 80 golden boy terbaik seluruh dunia. 

Berikut detik bersejarah buat bola sepak negara



Luqman diumumkan di media sosial kelab KV Kortrijk. 

Post a comment

0 Comments